Saturday, April 27, 2013

5 AkuJanji Kota Raja


Kenapa Banjir- salah satu manifesto Datuk S.Murugesan?

Ini kerana, Datuk S.Murugesan memahami masalah banjir telah menyebabkan kerugian harta benda, harga rumah jatuh, kesukaran mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah dikawasan sering banjir. Datuk S.Murugesan akan mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah banjir. Antara langkah-langkah yang akan diambil adalah, pelebaran sistem saliran peparitan, mendalamkan lagi longkang-longkang yang agak cetek, membersihkan longkang-longkang yang tersumbat dengan sampah dan lumut. Oleh itu, isu ini akan diberi keutamaan agar, masa yang akan datang, masalah ini dapat diatasi melalui wakil parlimen Datuk S.Murugesan
……………………………………………………………………………………………………
Kenapa Pengangkutan Bas - salah satu manifesto Datuk S.Murugesan?

Sistem pengangkutan yang tidak efisen menyebabkan ramai tidak berpeluang untuk berkerja di kota, tidak dapat ke tempat tujuan dengan masa yang sepatutnya dan lain-lain. Oleh itu, Datuk S.Murugesan akan meminta RapidKL untuk memperluaskan rangkaian perjalanan bas ke kawasan-kawasan Kota Raja yang tidak mempunyai sistem bas yang baik.

Kenapa Penurunan kadar jenayah - salah satu manifesto Datuk S.Murugesan
Datuk S.Murugesan akan menambahkan sistem kamera pemantauan keselamatan disekitar Johan Setia. Selain itu, Datuk S.Murugesan juga akan meminta pihak polis untuk menambahkan peronda motosikal di kawasan Kota Raja. Kadar jenayah dicatatkan menurun di kawasan-kawasan yang mempunyai pasukan peronda polis bermotosikal. Selain itu, Pasukan Rela juga akan diminta untuk membantu peronda Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan.


Kenapa Pusat Penjagaan kanak-kanak -salah satu manifesto Datuk S.Murugesan

Datuk S.Murugesan percaya ramai ibu di kawasan Kota Raja mempunyai masalah menghantar ana-anak mereka ke tempat pengasuh kerana kos yang tinggi, atau jauh dari tempat tinggal mereka. Oleh itu, ramai ibu tidak keluar berkerja, dan tidak mampu untuk bersaing dengan kos kehidupan yang making meningkat. Datuk 

Kenapa Kenapa Klinik 1 Malaysia- salah satu manifesto Datuk S.Murugesan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju dengan 5 AkuJanji Datuk S.Murugesan pada 22 April 2013. Salah satu janji adalah untuk membina 5 Klinik 1Malaysia di Kota Raja. Oleh itu, Datuk S.Murugesan boleh mencadangkan untuk membina Klinik 1Malaysia dikawasan ini, memandangkan pusat kesihatan lain terletak agak jauh dari kawasan ini

Manifesto tambahan untuk Kota Raja

Sekolah Menengah di Kota Kemuning
Sekolah Menengah yang sedia ada tidak dapat menampung pelajar di kawasan ini, menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa ke sekolah menengah di kawasan luar dari Kota Kemuning

Memahami kehendak ini, Datuk S.Murugesan telah berbincang dengan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dan beliau bersetuju untuk membina sekolah menengah di Kota Kemuning.



Lampu Jalan di kawasan Johan Setia
Datuk S.Murugesan akan meminta pihak JKR/TNB untuk mendirikan lebih banyak lampu jalan raya dikawasan ini. Datuk S.Murugesan memahami permintaan ini dari masyarakat setempat, oleh itu beliau akan menunaikan janji beliau

Pejabat Pos di Johan Setia
Pejabat pos telah menjadi satu kemudahan asas pada masa ini. Amat menghairankan kawasan ini tidak mempunyai pejebat pos. Oleh itu, Datuk S.Murugesan akan meminta pihak Pos Malaysia untuk membuka sebuah cawangan disini. Dengan ini, masyarakat di sini dapat menyelesaikan banyak aktiviti harian seperti bayaran bil, pengeposan dan lain-lain lagi dengan mudah

Dewan Serbaguna di Andalas 
Memandangkan tiada dewan serbaguna di kawasan Andalas, maka ramai masyarakat setempat terpaksa mengadakan majlis perkahwinan dan lain-lain majlis di kota yang bersebelahan. Oleh itu, untuk mengurangkan beban masyarakat di Andalas, Datuk S.Murugesan berjanji untuk membina sebuah dewan serbaguna di kawasan ini



No comments: